Ads 468x60px

Friday 18 January 2013

Tips Teknik Perahan Susu Ibu

Salam semua...ibu2 yang gojes dan anggun..hari ni reen nak kongsikan teknik2 perahan dan penyimpanan susu ibu..Tips ni sangat berguna untuk ibu2 dan bakal2 ibu yang berhasrat untuk menyusukan bayi mereka sepenuh masa...so, jom baca :)


Perahan Guna Tangan

  1. Cuci tangan menggunakan air dan sabun.
  2. Urut perlahan-lahan atau tuam payudara beberapa minit sebelum melakukan perahan untuk membantu pengaliran susu.
  3. Buat pegangan C pada payudara.Letakkan ibu jari diatas payudara berdekatan areola manakala jari-jari yang lain dibawah.Tekan payudara ke belakang ke arah dada.Picit dengan lembut selama 2 saat dan lepaskan.Teruskan sehingga susu keluar.
  4. Pusing dan picit dari semua arah.Ulang proses ini sehingga tiada lagi titisan susu dan tukar ke payudara sebelah.Perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir.
imgp2055
Mengapa perlu memerah menggunakan tangan?

  1. Mungkin ibu tak sangka akan berjauhan dengan bayi selepas melahirkan kerana sebarang kes kecemasan
  2. Ibu belum membeli pam
  3. Breast terasa penuh dan bengkak
  4. Ingin menambahkan production susu (Perah 3 jam sekali)
  5. Pam yang dibeli ibu tidak sesuai dan menyakitkan payudara ibu
  6.  Ibu ingin menyapu sedikit susu pada nipple bagi kes nipple crack
  7.  Ibu terlupa bawa pam atau aksesori ke ofis (Tiada alasan tidak mengepam lagi ye..hihi)
STEP 1 : Letakkan jari anda dalam bentuk C di bahagian luar aerola
Hati hati daripada terlalu rapat dengan nipple
Bagi ibu yang mempunyai aerola yang agak besar,
Agak agak letakkan jari anda di mana mulut bayi anda berada setiap kali menghisap susu
STEP 2 : Tekan inwards ke dalam bahagian tulang dada anda

imgp2058
STEP 3 : Picit ke bahagian dalam nipple
Buat 5 ke 10 kali perahan 
imgp2059
STEP 4 : Dan buat pusingan membulat sekeliling luar aerola anda
imgp2060
Masa diambil 15 ke 20 minit sebelah breast
Dimana sehingga breast rasa kosong
Nota : Anda tidak perlu menumbuk2 breast, mahupun memicit mana mana bahagian lain breast kerana dibimbangi akan mencederakan tisu payudara dan menyebabkan blocked duct. 
imgp2061
Tangan anda mengampu payudara dan bukannya ‘memicit’ payudara kerana konsepnya mudah
Dimana bahagian yang terlibat dan dihisap bayi semasa feeding time
Disitulah bahagian yang perlu dipicit bagi mengeluarkan susu
perah-asi

Perah Guna Pam

  1. Baca Panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya.Basuh dengan bersih dan steril peralatan mengepam.
  2. Basuh tangan dengan bersih.
  3. Ransang puting payudara untuk menghasilkan refleks let-down.
  4. Posisikan puting payudara ke dalam corong breast shield.
  5. Mulakan sesi mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah kemudian barulah ditingkatkan kelajuan mengikut keselesaan.
  6. Pam di kedua-dua belah antara 10-20 minit bergantung pada individu.
Pemilihan pam perlulah betul.Pam mudah dibawa dan dibersihkan selain mempunyai bahagian yang mudah disterilkan.Antara lain ia berupaya meransang penghasilan susu dan dapat mengepam keluar susu sepenuhnya dari payudara.diyakini pam yang baik seharusnya mampu meniru gaya hisapan bayi.
Penting untuk memilih pam yang tidak akan menyebabkan payudara sakit.pendek kata pam itu mestilah selesa dan sesuai dengan situasi anda lakukan perahan susu tidak  kira sama ada ia manual, menggunakan kuasa bateri atau elektrik.

Simpan Susu


Bekas penyimpanan susu mestilah bersih dan steril.ia berupa bekas plastik berbucu keras atau botol susu bebas BPA mahupun plastik yang direka khas untuk penyimpanan susu perahan ibu.Simpan kuantiti yang mencukupi dalam satu bekas penyimpan susu bagi membolehkan proses pengembangan berlaku semasa pembekuan.


Jangka Hayat Susu

  1. Suhu bilik (19 hingga 26 darjah celcius).Mesti digunakan dalam 4 jam.
  2. Beg pendingin (kurang 4 darjah celcius).Bertahan sehingga 12-24 jam.Pastikan beg mencukupi ais.
  3. Peti sejuk(rak bawah).Hendaklah digunakan dalam tempoh 3-5 hari.Jika stock berlebihan,sipan ke bahagian beku.
  4. Peti sejuk 1 pintu (bahagian beku).Perlu digunakan dalam tempoh 2 minggu.
  5. Peti sejuk 2 pintu (bahagian beku).Boleh digunakan dalam tempoh 3 bulan.
  6. Peti sejuk deep freezer.Boleh digunakan dalam tempoh 6 bulan.
sebaiknya susu jangan disimpan berdekatan pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian ini tidak stabil akibat kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk.Simpan susu di bahagian paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar.

Sentiasa gunakan susu perahan yang paling awal diperah.Sebaiknya dilabelkan setiap susu yang diperah mengikut tarikh dan masa perahan untuk kemudahan anda.Letakkan susu beku yang hendak digunakan di bahagian rak bawah peti sejuk semalaman supaya mudah dicairkan.Apabila hendak menyusukan bayi,rendam bekas susu perahan di dalam bekas berisi air panas atau didih selama beberapa minit sehingga susu mencapai tahap suhu yang diingini.Panaskan mengikut kuantiti yang hendak digunakan.Susu yang dibekukan akan memperlihatkan bahagian lemak yang terpisah menjadi 2 lapisan,goncang perlahan-lahan untuk gabungkan semula lemak yang terpisah itu.
Elakkan memanaskan susu dalam ketuhar gelombang mikro atau di atas tungku dapur.Susu yang telah dipanaskan mestilah digunakan dalam masa 1 jam.






Tahukah anda bahawa susu ibu yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan.Namun komposisinya masih jauh lebih baik daripada susu formula.
Berbanggalah jika anda dapat memberi susu perahan kepada bayi anda.
Semoga perkongsian ini bermanfaat 



Selamat Mencuba Ibu2 Semua...bagi anda yang berminat mencuba set penyusuan ibu Shaklee boleh hubungi saya untuk harga istimewa :-

Fanpage : Anggun Sihat Online Shoppe
Call/Sms : 012 2608297
Email : puteriamelia2612@yahoo.com.my
Website : http://anggunsihatalami.blogspot.com
ID SHAKLEE : 907955

0 comments:

Post a Comment